LANGKAH KESEBELAS

KERJA PENYUDAH MEMBUAT SARONG PARANG
1.       Pastikan bersih dari segala habuk-habuk kayu dalam urat-urat kayu – tidak perlu seandainya ianya memberi corak yang menarik (terserah kepada pembuat).
2.       Alat untuk membuang habuk kayu seperti berus (yang boleh mengeluarkan habuk kayu) atau sarong/hulu dibasuh dan keringkan.
3.       Sapu dengan pewarna yang dikehendaki dan keringkan, gosok mengunakan kertas pasir dan bersihkan ulang sehingga mendapat warna yang dikehendaki.
4.       Sembur/sapu clear yang pertama dan kedua pada keseluruhan permukaan dan keringkan dibawah cahaya matahari/suhu bilik, setelah kering gosok mengunakan kertas pasir dan bersihkan.
5.       Sembur/sapu clear yang ketiga dan terakhir dipermukaan sarong/hulu dan pastikan rata setelah disembur (ulang no. 4 seandainya tidak rata) dan keringkan.
6.       Setelah berpuashati… sapukan wax pada seluruh permukaan dan gosok mengunakan kain/tuala sehingga kilat dan licin.
7.       Selesai sudah proses membuat sarong parang.
*cubalah pada sesiapa berminat
*peralatan yang digunakan semasa membuat membentuk akan datang….
Sembur/sapu dengan Clear pertama, kedua dan terakhir
Pastikan rata pada semua permukaan

Ulasan