Sambungan langkah 3,4 dan 5


Langkah Ketiga – kayu bahagian badan, kepala dan kasut
-         Pilih jenis kayu yang sesuai.
-         Kayu sejenis atau campuran mengikut kesesuaian kita sendiri.
-         Corak urat kayu pun diambil kira untuk lebih menawan.
-         Bahagian badan potong kayu ¾ mata atau sama panjang mata.
-         Bahagian kepala potong mengikut sample/model
-         Bahagian kasut potong lebihkan sedikit melebihi lebar bahagian badan.
-         Ketebalan kayu bahagian badan lebihkurang 1”, bahagian kepala ketebalan 1 ½” dan ketebalan bahagian kasut lebihkurang ½”.

  
Belahan kayu sebelah sahaja
Langkah Kempat – belah dan tebuk serta tampal
-         Belah tengah kayu bahagian badan, pastikan bilah parang atau pisau masuk (belah sebelah sahaja).
-         Tampal mengunakan kayu yang nipis, pastikan parang atau pisau boleh masuk dan keluar.
-         Pastikan kayu yang nipis gunakan kayu yang sama jenis (sebaiknya)
-         Tebuk kayu bahagian kepala sarong hingga tembus, mengikut bentuk pipihnya parang atau pisau.
-         Pastikan mata parang atau pisau boleh masuk dan keluar.


Membentuk hulu



Langkah Kelima – membentuk hulu
-         Potong kayu mengikut sample/model hulu yang sesuai.
-         Bentukan hulu, yang segi dibulatkan/lengkung sehingga terasa kemas/selesa bila kita mengengamnya.
-         Tebuk dan masukan puting parang atau pisau sehingga santak.

Tebuk dan sematkan temin

-         Sematkan temin ( tanduk/tembaga/plastik) pada pangkal hulu.
-         Sematkan mata parang atau pisau kedalam hulu mengunakan gam/plastik atau benda yang boleh mengukuhkan kedudukan dan membentuk yang menarik lengkung/lentik parang atau pisau.
-         Pastikan puting parang atau pisau ditarah sedikit.


Parang yang telah dikemas mengikut lengkun/lentuk 

Ulasan

  1. salam tuan..boleh perincikan langkah ke-4. Sbb tdk brp faham kaedahnya...

    BalasPadam
  2. maaf lepas pandang, panjang ceritanya...

    BalasPadam
  3. saya follow blog tuan...buatan tuan antara yg terbaik pernah saya lihat. setiap perincian memang kemas dan halus..segak dan sajak...

    BalasPadam

Catat Ulasan