Rabu, 27 Oktober 2010

Sarong Parang Buatan Sendiri II

"Betul ni nak belajar..." terpacul perkataan dan soalan simaha guru, aku mengiakan sahaja tapi dalam hati.... boleh ke aku ni... macam yakin tak yakin... berserah sahajalah dah hulur leher nak sembeleh-sembelehlah... bila nak balik... simaha guru ni bagilah oleh-oleh ... tengok sahaja terkejut juga dibuatnya seberkas mata pisau ukir sudah ditangan... tambah berdebar hati ku... dari mula masa tu le aku berangan-angan menjadi orang pandai mengukir... mana daknya.. mata pisau untuk ukiran halus punya... mata pisau besar-besar lidi je.. fikir-fikir mata boleh juling ..!!.

Sampai dirumah je... cuba-cubalah gunakan mata ukir yang diberi tu... mak ohoi.. memang juling mata aku tenung mata pisau ukir melorek kayu tu. dah le kecil... tajam pulak tu geleng kepala juga le.. dalam hati berkata tak pe-tak pe...tunggu... bawa berehat dulu... jadi termenonglah  sekejap... memikirkan serba sedikit simaha guru tunjuk ajar sebentar tadi... memikirkan peralatan-peralatan yang lain yang perlu ada... dengan mata gergaji, mata gerudi... mana ada dijual dikedai... tengok gayanya simaha guru buat sendiri..tu.

Setelah sehari termenong memikirkan cara mana yang mudah.. dapat le sedikit panduan yang ya!! bolehlah digunapakai... simaha guru buat cara tebuk..kita buat belah sebelah... lepas tu cubalah nampak gaya ok juga... tapi... pendekan cerita.. terima berita dan arahan..... tunggu...

1 ulasan:

  1. salam............,

    bleh saudara letak gambar pisau ukir.,,
    dan guna dia..

    tq

    BalasPadam