Sarong Parang Buatan Sendiri

Tiap hujung minggu pada kebiasaan kawan dan rakan selalu mengajak bersantai mahupun membuat aktiviti-aktiviti riadah seperti memburu, memancing, menjala dll. tapi itu semuanya kurang berminat dihati... terfikir juga didalam kepala otak aku ni... takkanlah nak tengok TV sahaja, ronda sana sini...kehulu kehilir, lama juga aku fikirkan nak buat apa ye!!... ronda sana sini, kehulu kehilir dah puas..masa bujang dulu takanlah nak dibuat pada masa  usia matang ni....
Anak dah berderet.. dah membesar semua .. "gini ke !! kerja bapak aku... hujung-hujung minggu..?" senak jugalah dah habis fikir ni...masuk sahaja tahun 2010  barulah nampak apa yang perlu dibuat... masa tu sekitar tahun 2006 hingga 2009... tercari-cari nak buat apa ye!!!..itupun sekali-kali membuat kerja di pejabat dan bengkel ya.. kerja-kerja yang belum selesai.. seperti mana dilakukan semasa berkerja di kuantan dulu.
Ya!.. masa di kuantan dulu pernah buat sarong parang sendiri punya mahupun kawan... saja tolong-tolong.. pakai jenis kayu biasa je... hentam saja le labu!.. bahasa selorok yang biasa digunakan. Di kuantan dulu pernah berjumpa dan berkenalan dengan orang yang pandai membuat sarong keris dan sarong parang ... megeliat juga le tengok kerja tangan abang tu... terpacul juga ucapan..... pada mulut aku ni "macam ni bolehlah aku belajar" lepas tu... tunggu..

Ulasan